Kita mungkin selalu dengar nama Ibnu Rusyd. Nama yang selalu disebut bila membincang mengenai sejarah keunggulan Islam silam. Ibnu Rusyd merupakan ulama besar Cordoba hidup pada tahun 1126-1198. Kalau di Barat beliau dikenali nama Averroes. Ibnu Rusyd juga seorang tokoh polimat. Polimat bermakna seorang tokoh yang menguasai banyak bidang ilmu. Ibnu Rushd digelar polimat kerana ia menguasai pelbagai bidang ilmu meliputi falsafah, teologi, perundangan islam, perubatan, astronomi, fizik, psikologi, matematik, dan lingistik. Ibnu Rushd pernah dilantik memegang jawatan Qadi Cordoba pada 1171. Beliau sebelum itu dilantik sebagai Qadi kota Seville pada 1169. Menariknya sebelum Ibnu Rusyd dilantik Qadi Cordoba, bapa dan datuk beliau juga pernah memegang jawatan yang sama. Bapanya tidak begitu dikenali atau kurang disebut kisahnya. Namun datuknya sangat terkenal semasa menjadi Qadi. Kedua-dua mereka, Ibnu Rusyd dan datuknya mempunyai nama yang sama iaitu Muhammad bin Ahmad Ibn Rusyd. Maka ...