Catatan Buku Forgotten Women - The Scientist


Beberapa catatan penting yang dikutip dari buku Forgotten Women - The Scientists.

Kaum wanita pada zaman lalu rata-rata mendapat layanan yang tidak baik dalam hal pendidikan dan kerjaya. Hal ini boleh kata berlaku seluruh dunia. Sekali pun di negara Barat dan negara yang dikata maju.

Sekali pun mereka berpendidikan dan terpelajar namun peluang kaum wanita untuk bekerja sangat tersekat. Hal tersebut berlaku berterusan lama. Menjelang puluhan tahun selepas perang dunia kedua barulah keadaan bertukar semakin elok.

Apakah sekatan yang berlaku kepada kaum wanita waktu itu?

Mereka jarang mendapat peluang belajar kat sekolah. Ada juga peraturan yang dibuat pemerintah melarang budak perempuan diterima masuk belajar. Kalau mereka dibenar belajar pun hanya di peringkat sekolah rendah dan menengah. Selepas tamat belajar sekolah peluang tidak diberi untuk mereka masuk universiti.

Buku FW juga menyebut bagi kaum wanita yang sudah tamat sekolah dan diterima bekerja ada lagi layanan buruk dan sekatan. Mereka dibayar gaji rendah berbanding kaum lelaki. Malah ruang kerja atau bilik pejabat wanita diasing dari lelaki. Mereka tidak berada di tempat kerja yang sama.

Ada pula peraturan pemerintah yang melarang mereka bekerja jika berkahwin. Bagi yang sudah bekerja mereka akan disuruh berhenti kerja selepas berkahwin.

Banyak cerita para saintis wanita yang berjaya dicerita dalam buku FW-TS. Banyak dicerita mengenai suasana, layanan dan pengalaman mereka di alam persekolahan. Ada setengahnya yang menyamar berpakaian lelaki. Ada juga yang dapat ke sekolah melalui rayuan kepada pembesar. Ada juga yang diterima belajar di universiti melalui rekomen khas professor yang tertarik dengan kebolehan pelajar berkenaan.


- - - - -


Comments

Popular posts from this blog

World's Per Capita Emitters Ranking

Sedikit Tentang Barmakid dan Balkh

Progress Report – Geomatics Eng Calgary