Catatan Bacaan Buku Farid Esack


Buku The Quran - A User's Guide.

Alhamdulillah saya dapat habis baca sebuah buku tulisan seorang sarjana Muslim berasal Afrika Selatan, Farid Esack. Ada banyak tajuk yang pengarang bincangkan sesuai dengan tajuk buku - The Quran: A user's guide. Fokusnya untuk membantu pembaca memahami Al-Quran. Antara perbincangan yang dimuatkan adalah mengenai 'How to  understand Qur'an'. 

Satu topik lain yang turut dibincang adalah 'How they approached Quran'. 'They' yang disebut pengarang termasuklah para pengkaji Barat yang mengkaji Quran. Memang ramai golongan sarjana Barat yang non-Muslim memfokus kajian kepada Quran. Farid Esack telah melaku banyak review buku tulisan para pengkaji Barat berkenaan. 

Berdasarkan review yang dibuat Esack merumuskan bahawa kajian sarjana non-Muslim Barat bukanlah sangat untuk mencari kebenaran Qur'an. Sebaliknya lebih kepada mencari poin untuk mengeliru pembaca dengan tuduhan buruk.

Apa yang disampaikan oleh Esack tentang kajian Barat menepati sekali dengan tafsir yang ditulis dari satu buku yang saya baca. Tafsir Surah At-Taubah ayat 124-125. Alhamdulillah jelas maksud terjemahan dan tafsir berkenaan. Boleh menjadi pegangan kita bila kita jumpa dan baca buku oleh sarjana Barat yang seangkatan.

Foto - terjemahan At-Taubah ayat 124-125 dan juga buku The Qur'an: A User's Guide.

Buku oleh Esack

- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

World's Per Capita Emitters Ranking

Sedikit Tentang Barmakid dan Balkh

Progress Report – Geomatics Eng Calgary