Fountain Pen Aurora Columbus 92


Beberapa hari lepas saya ada menyebut tentang pen edisi khas Christopher Columbus. Memang ada syarikat pengeluar pen khususnya syarikat Itali telah mengeluar produk pen istimewa untuk memperingati sejarah Columbus tiba di Benua Amerika. Columbus dalam pelayarannya telah mendarat buat pertama kali di San Salvador Island pada Oktober 1492.

Syarikat Pen Aurora yang berpusat di Turin Itali telah mengeluar pen tema Colombo '92. Mereka menama pen sebagai Colombo '92 bersesuaian dengan nama Christopher Columbus dalam Itali iaitu Cristofoto Colombo. 

Pen tersebut dikeluar pada tahun 1992 sempena sambutan 500 tahun kejayaan pelayaran Columbus. Aurora cuma mengeluar sebanyak lima ratus batang pen sahaja. Keluaran sempena sambutan 500 tahun pendaratan pelayaran Columbus



Aurora Colombo '92



Istimewanya pen Aurora ni pembeli diberi hadiah sama sebuah jar bulat. Jar yang ada bawah pen dalam kotak tu. Jar itu berisi pasir. Pasir apa tu?

Pasir yang dikutip dari pantai San Salvador Island. Pantai tempat Columbus mendarat bila tiba di Benua Amerika.

Selain Aurora ada beberapa syarikat lain turut sama mengeluar pen tema Columbus. Antaranya syarikat Omas (Itali), Visconti (Itali), Montblanc (Perancis) dan LeBoeuf (Amerika Syarikat).
- - - - -




Comments

Popular posts from this blog

World's Per Capita Emitters Ranking

Bendera Indonesia dan Bendera Monaco

Progress Report – Geomatics Eng Calgary