European Supermarket - Lidl dan Aldi


Kekadang bila kita google mencari sesuatu akan kita temui info lain yang sesama menarik perhatian. Hari ni saya jumpa info mengenai senarai supermarket yang ada kat Eropah. Antara supermarket yang besar adalah jenama Lidl. 

Supermarket Lidl dimiliki oleh Schwarz Group yang berpusat di Jerman. Selain Lidl, Schwarz Group turut memiliki sebuah lagi bisnes supermarket iaitu jenama Kaufland. Pemilikan dua jenama supermarket (Lidl dan Kaufland) menjadikan Schwarz Group sebagai pemilik supermarket atau peruncit terbesar di Eropah.

Schwarz Group kini dimiliki oleh ahli perniagaan bernama Dieter Schwarz (b.1939). Beliau meneruskan bisnes yang mulanya diasaskan oleh ayahnya yang bernama Joseph Schwarz. Joseph Schwarz memula bisnes Lidl pada tahun 1930.

Semasa melawat negara Eropah pernahlah juga singgah dan berbeli barangan di Lidl. Satu lagi supermarket yang pernah singgah dan membuat pembelian ialah Supermarket Aldi. Waktu tu menginap di homestay maka singgahlah supermarket untuk beli barangan dapur, sayur dan buahan.

European Supermarkets

Supermarket Aldi

- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

World's Per Capita Emitters Ranking

Sedikit Tentang Barmakid dan Balkh

Progress Report – Geomatics Eng Calgary