Majlis Dewan Aurora
Hujung minggu ini sempat berkumpul ramai bersama sanak saudara dalam satu majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan yang berjalan gemilang di sebuah dewan nama D'Tahta Aurora. Dewan bersebelahan pusat beli belah i-City. Bagus dewan ni. Parkir banyak dan senang dapat. Kemudahan awam pun mudah. Ada surau dan banyak ruang duduk berehat tersedia.
Majlis perkahwinan undangan ahli keluarga maka ramailah sanak saudara yang datang. Dapatlah bertemu dan berkumpul ahli keluarga yang datang dari merata. Jauh dan dekat.
Ramai juga datang dari Perak khususnya dari Perak Utara. Dari Taiping, dari Kemunting dan dari Bagai Serai. Kawasan yang kebetulan dilanda banjir akibat hujan lebat sejak Khamis lepas. Maka antara perkara yang dibual tentulan masuk juga tentang banjir berkenaan.
Pada malam sebelum majlis perkahwinan sempat juga kami berkumpul awal.

Comments
Post a Comment