Bisnes Ahmad Fried Chicken


Satu lagi kedai (tepatnya restoran) memula bisnes di taman kediaman berdekatan. Restoran nama Ahmad Chicken kini telah mula beroperasi. Semoga bisnes mereka terus maju dan diberi sokongan oleh penduduk setempat. 

Ironi nya Restoran Ahmad membuka bisnes di deret yang sama dengan sebuah Restoran KFC. KFC sini memang sudah lama beroperasi. KFC sini juga baru saja membuat renovasi, cat baru dan penampakan yang lebih ceria.

Kalau ikut berita dan info yang ada kat media Ahmad Chicken kini sudah melebar bisnesnya. Cawangan mereka ke45 di Seksen 19 Shah Alam baru saja dirasmikan. Sebelum itu cawangan mereka ke44 di Kota Warisan, Sepang, juga baru dirasmikan. 

Bisnes Ahmad Fried Chicken diasaskan oleh ahli perniagaan muda nama Mohd Taufik Khairudin. Restoran pertama mereka terletak di Seksen 7 Shah Alam.




Foto pada 1 Oktober


- - -



Foto pada Ogos 25

- - - - -






Comments

Popular posts from this blog

World's Per Capita Emitters Ranking

Sedikit Tentang Barmakid dan Balkh

Progress Report – Geomatics Eng Calgary