Masjid Al-Falah USJ9
Ni cerita semalam rezeki diberi kesempatan bertemu beberapa rakan dari sekolah lama. Pertemuan yang bukan pun dirancang. Mulanya saya terima berita kematian seorang rakan senior sekolah lama. Semoga Allah menganugerahi keampunan kepada Arwah dan ditempatkan di kalangan para solehin.
Berita yang diterima memaklum juga urusan jenazah akan disempurna di Masjid Al-Falah USJ9. Diikuti pula solat jenazah selepas solat zohor. Saya pun bergegas ke Masjid Al-Falah. Sempat tiba dan solat zohor. Alhamdulillah berikutnya dapat bersama jemaah lain untuk solat jenazah.
Waktu kat masjid ramai juga rakan arwah yang dapat berhimpun sama. Sempatlah berbual sekejap dan berfoto sama. Selesai urusan di masjid sempat juga bersama dua rakan lain singgah makan di sebuah kedai berdekatan. Sambil menyambung bualan sambil minum petang.
Restoran Megah Seafood
- - - - -



Comments
Post a Comment