Catatan Bacaan Buku A Civil Life.
Sudah banyak hari juga saya tak update apa pun. Pada hal tak pegi ke mana pun. Ada kat rumah saja. Saya habiskan masa baca beberapa buku. Dapatlah habis baca buku kedua bulan Ogos ni. Buku A Civil Life. Sebuah buku memoir tulisan TS Tunku Raja Shahriman.
Tunku Raja Shariman merupakan seorang kerabat kelahiran Seri Menanti N9. Beliau graduan UM Spore pada tahun 1958. Saya belum lahir dia dah bergraduat. Dalam kerjayanya beliau sangat rapat dengan PM2, Tun Razak.
Menarik baca buku dia. Ada catatan mengenai peristiwa Mei 13, 1969. Ditulis juga sedikit mengenai penglibatan beliau sebagai pegawai kerajaan ketika peristiwa 13 Mei.
Seronok kalau kita baca buku memoir pegawai tinggi kerajaan baca TS Tunku Raja Shariman. Banyak cerita yang mereka kongsikan. Cerita yang berlaku zaman kita belum lahir, belum sekolah dan belum tahu membaca. Bersambung pula dengan cerita zaman mula bersekolah. Zaman bermula RMK1 hinggalah zaman mereka bersara.

Comments
Post a Comment