Kota Pematang Siantar Dan Beca BSA


Nama kota Pematang Siantar saya temui dari bacaan buku tafsir tulisan Pak Hamka. Beliau menyebut mengenai Pematang Siantar berkait aktiviti buruk sekumpulan orang Islam. Mereka suka memberi makan beruk yang ada banyak di PS. Amalan mereka memberi makan beruk seolah rasa hormat kepada beruk. Satu amalan yang Pak Hamka kata satu ciri yang boleh ditafsir sebagai amalan syirik. 

Dari pembacaan dan rujuk silang tentang kota PS didapati ia merupakan kota yang ada banyak beca motosikal. Motosikal yang diuat beca tersebut semuanya jenis model BSA.

Terkenal dengan akronim BSA, yang bererti Birmingham Small Army. Nama diambil dari nama perusahaan pembekal tentera Inggeris selama Perang Crimean (1853-1856) yang dikenal sebagai The Birmingham Small Arms.

Bila sampai di Sumatera Utara kegunaan BSA ditukar menjadi satu moda transportasi unik. Ia dinama BSA yang membawa makna Becak Siantar Asli (BSA).

Beca motosikal BSA



Sebuah BSA yang menjadi bahan pamiran

www

- - - - -

Comments

Popular posts from this blog

World's Per Capita Emitters Ranking

Sedikit Tentang Barmakid dan Balkh

Progress Report – Geomatics Eng Calgary