Khalid Barmakid dan Abbasid
Keluarga Barmakid mula mendapat tempat dalam Abbasid sejak era As-Safah. Khalid dilantik sebagai menteri dan memegang jawatan teresebut bersama Abu al-Jahm. Siapa Al-Jahm? Al-Jahm adalah orang kepercayaan Abu Muslim. Al-Jahm dilantik oleh Abu Muslim untuk membantu As-Safah menjayakan pembunuhan ke atas Abu Salamah.
Pada 765 Khalid telah dilantik oleh Abbasid Al-Mansur sebagai Gabenor Fars. Beliau kemudian dilantik sebagai Gabenor Tabaristan sekitar 776 dan 771. Namun pertelagahan Khalid dan Abbasid mula berlaku dan pada 775 Al-Mansur bertindak memecat Khalid.
Keluarga Barmakid naik semula bila sewaktu era Abbasid Al-Mahdi. Khalid dilantik semula sebagai Gabenor Fars manakala anak Khalid bernama Yahya pula menjadi Gabenor Azerbaijan. Pada 778 Yahya al-Barmakid dilantik sebagai setiausaha dan guru pengajar anak pemerintah Abbasid bernama Harun.
Selepas kematian Abbasid Al-Hadi, Harun al-Rashid naik sebgai pengganti Abbasid. Lantikan Harun sebetulnya banyak atas peranan ibu Harun (Khaizuran) bersama Yahya Barmakid. Sebagai ganjaran Yahya Barmakid diber banyak kuasa ketika awal pemerintahan Harun. Turut mendapat ganjaran kedudukan adalah dua anak Yahya iaitu al-Fadl dan Jaafar Barmakid.
Jaafar adalah adik kepada al-Fadl. Jaafar lebih mendapat perhatian dan lebih disuaki Harun.Jaafar seorang yang suka berhibur dan berparti. Al-Fadl pula seorang yang sangat kompeten dan serius. Pada tahun 793 al-Fadl telah dilantik menjadi Gabenor di Khorasan. Pada 797 al-Fadl dilantik mengetuai kerajaan pusat dan dalam masa sama menjdi guru kepada anak Abbasid Harun yang bernama al-Amin.

Comments
Post a Comment