Buku MH - Lantikan SU Politik Sardon Jubir 1964
Menyambung sikit buku MH.
MH tamat pengajian UM pada 1958. Beliau menyebut ramaijuga bertanya kenapa tamat 1958 tidak 1957 seperti sepatutnyauntuk pengajian tiga tahun. MH sebut ada dua sebab. Pertama beliau gagal dalam pengajian 1957 dan juga kerana berlakunya wabak penyakit N2H2. Wabak berjangkit yang menyebab banyak kematian banyak aktiviti terganggu termasuk kelas pengajian.
Selepas tamat pengajian beliau terus aktif dengan aktiviti persatuan pelajar. Aktiviti yang membawa beliau ke luar negara. Beliau pegang jawatan tinggi dalam persatuan dan aktivitinya lama di beberapa negara termasuk Ceylon dan Holland. Beliau bertemu dan bekerja bersama ramai wakil pelajar negara lain. MH menyebut aktiviti luar negara menemu beliau dengan Maria dari Peru yang kemudiannya menjadi isteri MH.
Selepas berkahwin beliau ulang ke Johor dan memula khidmat sebagai ADO Kluang. Setelah beberpa tahun sebagai ADO Kluang MH berhenti dan memasuki bidang swasta. Beliau bekerja dengan syarikat Jardine Waugh dan dihantar bertugas di Brunai. Dalam satu tugasan beliau telah ke Sabah berkunjung ke pejabat KM Mustapha Datu Harun.
Kebetulan dalam pertemuan dengan Mustapha beliau bertemu juga dengan Sardon Jubir, yang ketika itu menjawat Menteri Pengangkutan. Sardon baru memenangi PRU1964 dan masih mencari pegawai untuk lantikan Setiausaha Politik. Sardon memang perkenal beraktiviti dengan MH yang pada ketika itu aktif sebagai pemimpin pelajar. Sardon tertarik dengan kebolehan MH dan mahu melantik beliau sebagai Setiausaha Politik. MH cuma berkhidmat selama setahun sahaja dengan Jardine.
Tokoh lain yang turut memegang jawatan SU Politik waktu itu adalah Abdullah Ahmad, Syed Kechik, Sulaiman Alias dan Sharif Ahmad.
Tebang pokok
- - - -.

Comments
Post a Comment