Pasar Mini Seksen 27
Hari ini menyinggah sebentar ke sebuah pasar mini baru di Seksyen 27. Pasar mini yang baru saja beroperasi sekitar sebulan dan ini kali pertama saya berbelanja di situ. Pemilik pasar mini berasal dari Sabah. Banyak barang jualannya jenis makanan laut dalam paket sejuk beku yang di bawa masuk dari Sabah.
Rajin pulak tauke pasar mini ni berbual tadi. Kami asal dari Tawau Sabah kata nya. Pasangan suami-isteri keturunan campuran empat kaum sambung bualan dia. Campuran Bugis dan Jawa kata nya. İsteri pulak campuran Dusun dan Bajau. Jadi anak kami datang dari empat kaum katanya - bugis, jawa, dusun dan bajau.
Tak lah maçam pasar mini/mart dan bisnes milik komuniti Gisb. Ramai kata pekerja Gisb tak suka berbual. Nak tanya2 pun susah. Ramai kata mereka semacam tidak berinteraksi. Tak tau lah betul ke tidak. Tapi itulah yang kerap diceritakan mengenai Gisb mutakhir kini.
Mengenai Pasar Mini milik peniaga Sabah ini harap bisnes mereka dapat bertahan lama. Kebetulan kat deret yang sama ada sebuah kedai Speedmart99 yang dah bertahun2 beroperasi.
Laut Teduh Enterprise.

Comments
Post a Comment