Jenama LaCoste
Ramai kita pernah dengar nama Lacoste. Sebuah jenama terkenal produk pakaian sukan dan apparel seperti T-shirt. Nama Lacoste bagi produk pakaian ini datang dari Rene Lacoste (1904-1996). Beliau seorang bintang jaguh tennis dari Perancis. Beliau menubuh syarikat Lacoste pada 1933 dan mengguna buaya sebagai logo bisnesnya. [wiki Lacoste - link].
Logo produk pakaian sukan Lacoste
Selain jenama bagi produk pakaian sukan ada satu lagi jenama produk LaCoste yang terkenal. LaCoste merupakan syarikat yang mengeluar alat gravimeter. Gravimeter diguna untuk mengukur graviti di mana saja lokasi di permukaan Bumi. Pastinya produk kedua LaCoste yang ini tidak ramai yang tahu kecuali mereka yang berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi khususnya berkaitan data graviti.
Lebih tepatnya jenama alat gravimeter LaCoste mengguna gandingan LaCoste & Romberg. Nama datang dari dua tokoh yang mencipta alat gravimeter iaitu Dr Lucien LaCoste (1908-95) dan Prof Arnold Romberg (1882-1974). Mereka berdua adalah pakar dalam bidang fizik. Alat gravimeter LaCoste & Romberg mula berada di pasaran seawal pada 1939. [wiki Lucien LaCoste - link].
Alat gravimeter LaCoste & Romberg (produk tahun 1960)
- - - - -




Comments
Post a Comment