Tanah Jerlus Masjid India dan Misi Chang'e
Nak cerita apa ni? Tanah Jerlus tu kat Masjid India. Misi Chang'e tu apa? Ada kaitan ke?
Ramai kita yang pasti menonton dan baca berita mengenai insiden tanah jerlus kat Jalan Masjid India. Kejadian malang yang meragut nyawa seorang pelancung dari India. Mayatnya pula gagal ditemui meski telah berbagai usaha dilakukan oleh berbagai pihak.
Salah satu perkara yang disebut,dibincang dan dihebah kepada umum adalah perlunya ada rekod yang kemas mengenai sistem paip dan kabel bawah tanah disimpan oleh pihak berwajib seperti DBKL. Sistem yang baik adalah melaksana dan menyimpan sistem pemetaan utiliti bawah tanah.
Bagi melaksana pemetaan utiliti kerja asas yang perlu dibuat adalah mengguna pakai teknologi ukur utiliti bawah tanah. Kerja sebegini memerlukan teknologi dan peralatan yang namanya ground penetrating radar (singkatannya GPR). Buat masa kini GPR mampu merekod dan menyimpan imej segala utiliti yang berada bawah tanah sekitar pdada kedalaman satu atau dua meter.
Kita tengok pula tentang Chang'e. Ia merupakan misi angkasa lepas milik negara China yang dilancar ke Bulan untuk kajian. Salah satu fokus mereka adalah melakukan kajian mengenai geofizik Bulan. Untuk tujuan tersebut misi Chang'e telah dilengkapi juga dengan peralatan GPR. Lebih tepatnya Lunar Penetrating Radar. Peralatan GPR/LPR yang dibawa dapat menembus ke bawah permukaan bulan sehingga kedalaman empat puluh meter. Jauh lebih dalam berbanding keupayaan GPR utiliti bawah tanah.
Sumber nature publication - https://www.nature.com/articles/s41597-024-02963-4.

Comments
Post a Comment