Surah Yasin - Planet dan Cakerawala
Sedikit catatan bacaan buku Fakta Saintifik Surah Yasin ...
Bila menyebut tentang Surah Yasin, ayat 37 menyangkut tentang fenomena malam dan siang yang silih berganti. Pertukarannya mengikut aturan. Bermakna menurut peredaran bumi dan matahari. Allah yang mentadbir segalanya, bumi, bulan, matahari, malah seluruh planet dan cakerawala. Fakta saintifik dalam Surah Yasin bersambung pula dengan ayat 40 berkaitan dengan peredaran planet dan cakerawala.
Dalam membincang hal di atas pengarang buku Fakta Saintifik Surah Yasin turut menyebut tentang terrestrial planets dan jovian planets. Bagus begitu kerana jaranglah kita dengar hal saintifik sebegitu disebut dalam kuliah dan ceramah agama yang biasa. Apakah terrestrial planets dan jovian planets?
Ringkasnya terrestrial planets adalah empat buah planet yang hampir dengan matahari iaitu Mercury, Venus, Bumi dan Mars. Manakala jovian planets empat planet yang jauh dari matahari iaitu Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune.
Sedikit ulangkaji ringkas untuk refresh pengetahuan am kita.
Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
- - - - -

Comments
Post a Comment