Novel Penerbitan Awal Malaya
Beberapa hari ini ambil masa untuk mengumpul maklumat mengenai sejarah awal perbukuan negara era Malaya di bawah British. Penerbitan awal perbukuan di Malaya tertumpu lebih kepada terbitan novel. Mungkin kerana novel lebih mudah ditulis dan punya permintaan di pasaran. Seperti mana diketahui novel Panglima Nikosa terbitan tahun 1876 merupakan novel Melayu pertama yang diterbitkan di Malaya.
Selepas novel Panglima Nikosa ada beberapa lagi novel Melayu yang tersenarai sebagai antara paling awal terbit. Pada 1922 lahir novel Melayu kedua bertajuk 'Kecurian Lima Million Ringgit' oleh Haji Muhamad bin Muhammad Said (1888-1939) dari Kelantan. Beliau merupakan seorang ulama, cendekiawan terkenal dan pernah menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau juga akti menulis dalam majalah Pengasuh.
Pada 1923 lahir sebuah lagi novel Melayu bertajuk 'Syair Cerita Bijaksana'. Novel karya bersama Haji Abdul Rahman Daud al-Makki dan Hasan Haji Omar. Kemudian muncul pula novel 'Hikayat Faridah Hanum' oleh Syed Shaikh al-Hadi pada 1925.
Berikutnya ada dua novel yang telah dihasilkan oleh Ahmad bin Muhamad Rashid Talu. Beliau menerbit novel 'Kawan Benar' pada 1927 dan novel 'Iakah Salmah?' pada 1928.
mm
- - - - -




Comments
Post a Comment