Posts

Showing posts from March, 2024

Novel Penerbitan Awal Malaya

Image
Beberapa hari ini ambil masa untuk mengumpul maklumat mengenai sejarah awal perbukuan negara era Malaya di bawah British. Penerbitan awal perbukuan di Malaya tertumpu lebih kepada terbitan novel. Mungkin kerana novel lebih mudah ditulis dan punya permintaan di pasaran. Seperti mana diketahui novel Panglima Nikosa terbitan tahun 1876 merupakan novel Melayu pertama yang diterbitkan di Malaya. Selepas novel Panglima Nikosa ada beberapa lagi novel Melayu yang tersenarai sebagai antara paling awal terbit. Pada 1922 lahir novel Melayu kedua bertajuk 'Kecurian Lima Million Ringgit' oleh Haji Muhamad bin Muhammad Said (1888-1939) dari Kelantan. Beliau merupakan seorang ulama, cendekiawan terkenal dan pernah menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau juga akti menulis dalam majalah Pengasuh. Pada 1923 lahir sebuah lagi novel Melayu bertajuk 'Syair Cerita Bijaksana'. Novel karya bersama Haji Abdul Rahman Daud al-Makki dan Hasan Haji Omar. Kemudian muncul pula novel ...

Artikel Abdullah Zakaria Ghazali - Sejarah Melayu Patani

Image
Buku Sejarah Melayu Patani pernah dipinjam dari librari Ratu. Baca sama artikel 'Mengupas sejarah dan kedaulatan kerajaan Melayu'. seminar melayu um 2016 - link . - - - - -

Artikel Ahmad Murad Merican

Image
Ada sebuah artikel oleh AMM mengenai siam. Artikel bertajuk 'Perut Hiaju: Siam dalam jiwa Melayu'. Artikel tebal  60 m/surat dibentang dalam sebuah seminar berkait cerita lesan pada 2016. Petikan abstrak artikel menyebut berikt: Kertas kerja ini menggunakan beberapa visual, dan laman media baru seperti Facebook dan blog bagi memaparkan jiwa Melayu terhadap Siam. Cerita yang dapat dikutip memaparkan memori kolektif dan sentiment Melayu terhadap Siam – rakyat dan raja. Kita juga dapat perhatikan imej Siam dalam beberapa teks kasik terpilih serta pilihan Surat-Surat Francis Light dalam perhubungan dengan beberapa Sultan Kedah. Sumber: usm satun - link . Baca sama 'Perkembangan Identiti Kaum Peranakan Samsam Islam: Satu Kajian Kes Seorang Dalang Wayang Gedek di Kedah'. jurnal sari 2010 - link . Deretan rumah kediaman sebuat lokasi di England - - - - -

Panglima Nayan Kedah Menentang British

Image
Catatan bacaan Peasant Robbers Kedah. Ada sebuah petikan mengenai Nayan dari sebuah bspot. Nayan disebut sebagai mati syahid - link : Semua tentangan dan pemerintahan yang di buat oleh Sultan Badlishah di pantau dan di kawal selia oleh kawan baik dan kerabat beliau YM Tuanku Nai Long Mahmud tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan British, kerana fobia dengan penentangan bersenjata yang pernah di lakukannya oleh datuk YM Tuanku Nai Long Kasim yang bernama YM Tuanku Nai Long Mahmud ini, bersama-sama anak buahnya Panglima Nayan, Salleh Tui, Sulaiman Kerekau dan Awang Pho suatu masa dulu sekitar tahun 1909 sehingga 1929. Nama penuh Panglima Nayan ialah Nayan bin Derani ( 1890-1920 ) merupakan salah seorang Panglima yang gagah berani memperjuang dan menuntut bela atas kezaliman yang di buat oleh penjajah British ke atas rakyat jelata dan ke atas keluarga diraja Maharaja Melayu mutlak ini dari darah keturunan DYMM Sultan Muzaffar Syah Maharaja Merong Maha Wangsa. Panglima Nayan adalah seorang ...

Buku Hikayat Panglima Nikosa

Image
Siapa pernah dengar nama Panglima Nikosa?. Siapa dia Panglima Nikos ni? Ada sebuah buku atau tepatnya sebuah novel bertajuk Hikayat Panglima Nikosa. Buku dikarang pada tahun 1876 oleh pengarang bernama Ahmad Syawal bin Abdul Hamid. Buku ini dikata sebagai novel Melayu yang pertama di Malaya Menurut sejarahnya novel Hikayat Panglima Nikosa telah diterbit secara cetakan litografi pada 30 Jun 1876 di Bukit Persinggahan Kampung Boyan, Kuching Sarawak. Setelah cetakan tersebut mungkin tidak ada lagi naskah yang ada di tanah air kita. Namun novel karangan Ahmad Syawal Abd. Hamid ini telah ditemui tersimpan di Rhodes House Library of Oxford England oleh Sarawak Literary Society. Menurut laporan naskah berkenaan asalnya berada dalam simpanan Sir Hugh Low yang pernah bekerja dengan James Brooke di Sarawak. Sir Hugh Low kemudian dilantik menjadi Residen Perak pada tahun 1877. Untuk bacaan lebih lanjut boleh rujuk laman DBB Swak -  https://dewansastera.jendeladbp.my/2021/08/17/1542/ . Hikayat...

Surah Yasin - Planet dan Cakerawala

Image
Sedikit catatan bacaan buku Fakta Saintifik Surah Yasin ... Bila menyebut tentang Surah Yasin, ayat 37 menyangkut tentang fenomena malam dan siang yang silih berganti. Pertukarannya mengikut aturan. Bermakna menurut peredaran bumi dan matahari. Allah yang mentadbir segalanya, bumi, bulan, matahari, malah seluruh planet dan cakerawala. Fakta saintifik dalam Surah Yasin bersambung pula dengan ayat 40 berkaitan dengan peredaran planet dan cakerawala. Dalam membincang hal di atas pengarang buku Fakta Saintifik Surah Yasin turut menyebut tentang terrestrial planets dan jovian planets. Bagus begitu kerana jaranglah kita dengar hal saintifik sebegitu disebut dalam kuliah dan ceramah agama yang biasa. Apakah terrestrial planets dan jovian planets? Ringkasnya terrestrial planets adalah empat buah planet yang hampir dengan matahari iaitu Mercury, Venus, Bumi dan Mars. Manakala jovian planets empat planet yang jauh dari matahari iaitu Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune.  Sedikit ulangkaji ri...