Posts

Showing posts from June, 2024

Tafsir Ali Imran - Para Penentang Nabi SAW

Image
Sambungan - link . 5. Penentangan dan kebencian terhadap Islam berakar sejak zaman Nabi Muhammad SAW (Ali Imran: 98-99) pembesar kafir yang suka memaki dan memusuhi Islam (Syas ibn Qays); beliau rasa marah kerana Aus dan Khazraj dapat disatukan oleh Islam; beliau juga menyuruh temannya yang Yahudi melaga-laga Aus& Khazraj. 6. Mengingati Muslim adanya usaha Yahudi dan Nasrani menimbul fitnah dan isu untuk meragukan Islam (Ali Imran: 100).  Tokoh Quraisy penentang Nabi Muhammad SAW Umayyah bin Khalaf (Surah Al-Humazah: 1-9) Al-Ash bin Wail (Surah Maryam: 77-80) Abu Jahal (al-An’am: 108) An-Nadhir bin al Harith (al-Furqan: 5-6; al-Anbiya: 98-100) Ibnu Az-Zibara (al-Anbiya: 101-102; 26-29) Al-Ikhaas bin Syariq (al-Qalam: 10-13) Al-Walid bin al-Mughirah (az-Zukuf; 31-32) Ubai bin Khalaf (al-Furqan: 27-29) Uqbah bin Abu Muit (al-Furqan: 27-29) Al-Aswad bin al-Mutalib Al-Walid bin Mughirat Umaiyyah bin Khalaf Ash bin Wail (al-Kafirun) 7. Ka’b bin Ashraf; Malik bin Sayf; Finhas ibn Azu...

Tafsir Ali Imran - Para Penentang Muhammad

Image
Petikan asal - link . Sebuah kitab tafsir diterbitkan oleh DBP sebanyak 15 jilid pada tahun 2001. Harga tiap sebuah jilid agak mahal RM140.00. Siapalah yang mampu berbelanja sebanyak itu untuk buku - ada 15 jilid pulak (15 x RM140 = ?). Berikut sedikit catatan dari Jilid 3. 1. Ali Imran: 28 “Jangan mengambil kafir sebagai pemimpin” Hajjaj bin Amr, Ibnu Abil Huqaiq dan Qais bin Zaid - tiga Yahudi yang bergaul secara sulit dengan orang Ansar untuk memfitnah Islam. Rifaah bin Mundzir, Abdullah bin Jubair dan Saad bin Haithamah - tiga sahabat yang menyedari hal tersebut dan menyeru menjauhi mereka (Ali Imran: 28) 2. Abdullaj bin As Soif; Adiy bin Zaid; Al Harith bin Auf - beriman dengan agama Muhammad SAW pada pagi hari dan kufur pada petangnya. (Ali Imran: 72) 3. Penganut Yahudi yang mengubah Taurat untuk menafi kenabian Muhamad dan Islam Ka’ab bin Al-Asyraf Malik bin As-Soif Huyai bin Akhtob Abu Yasir Syu’bah bin Amr (Ali Imran: 78) 4. Isu yang sama Abri Rofi Kinanah bin Abi al-Haqaiq K...

Kelompok Assyrian di Britain

Image
Bacaan buku Britain's First Muslims page 3. Di sebut bahawa ramai keturunan Assyrian mendiami kawasan Ealing, West of London. Assyrian beragama Kristian dan mereka tidak berbahasa Arab. Maka Assyrian tidak digolong sebagai Arab. Baca wiki British Assyrians - link . Sebuah Designer Outlet di England [Cheshire Oaks Designer Outlet] - - - - -

Al-Harith bin Qais Dan Asbabun Nuzul

Image
Buku bab15 page 275. Al-Harith bin Qais merupakan seorang lagi penentang kuat Nabi yang tergolong dalam kumpulan Mustahziun. Mustahziun bermakna memperolok dan menghina Nabi SAW. Beliau juga dikenali sebagai pengumpul berhala. Salah satu kisah yang dikait dengan Al-Harith adalah tentangan kuat beliau kepada kebangkitan semula di hari kemudian. Berkait kisah penentangan tersebut ada beberapa ayat yang asbabun nuzul dari Al-Harith bin Qais iaitu; Surah al-Jathiyah ayat 23 (Juz 2). Surah al-Hijr ayat 95 (Juz 14). Surah Ghafir ayat 4 (Juz 24). Al-Harith bin Qais meninggal dunia sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Liverpool - - - - - 

Ubay bin Khalaf Dan Asbabun Nuzul

Image
Buku Penentang Nabi bab13 page 247. Ubay bin Khalaf lahir sekitar tahun 560-570M. Bermakna hampir sama tahun kelahiran Nabi pada 570M. Ubai bin Khalaf dari Bani Jumah keturunan Jumah bin Amr. Dalam pentadbiran Quraisy Mekah Ubay bin Khalab dan kelompok kaum mereka berperanan tempat api pada berhala untuk kesaksian sumpah. Ubay bin Khalaf merupakan salah seorang pembesar Quraisy yang sangat memusuhi Nabi. Beliau dan seorang lagi ahli keluarga, Umayyah bin Khalaf. Ubay bin Khalaf terkenal sebagai menentang adanya hari Kiamat. Beliau juga mempersenda ayat Allah mengenai kebangkitan semula setelah mati. Ubay bin Khalaf mati akibat luka terkena anak panah Nabi SAW ketika menjelang berakhir Perang Uhud. Ada beberapa ayat Qur'an yang turun berasbab dari kisah penentangan Ubay bin Khalaf dan kelompok Quraisy. Antaranya adalah berikut; Surah al-Infitar ayat 6-9 (Juzuk 30). Surah Yasin ayat 77-80. Surah al-An'am ayat 8 (Juzuk 7). Surah al-Humazah ayat 1-9; Surah al-Kafirun ayat 1-6; Sura...

Jenama LaCoste

Image
Ramai kita pernah dengar nama Lacoste. Sebuah jenama terkenal produk pakaian sukan dan apparel seperti T-shirt. Nama Lacoste bagi produk pakaian ini datang dari Rene Lacoste (1904-1996). Beliau seorang bintang jaguh tennis dari Perancis. Beliau menubuh syarikat Lacoste pada 1933 dan mengguna buaya sebagai logo bisnesnya. [wiki Lacoste - link ]. Bintang Tennis Lacoste (1904-1996) Logo produk pakaian sukan Lacoste Selain jenama bagi produk pakaian sukan ada satu lagi jenama produk LaCoste yang terkenal. LaCoste merupakan syarikat yang mengeluar alat gravimeter. Gravimeter diguna untuk mengukur graviti di mana saja lokasi di permukaan Bumi. Pastinya produk kedua LaCoste yang ini tidak ramai yang tahu kecuali mereka yang berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi khususnya berkaitan data graviti. Lebih tepatnya jenama alat gravimeter LaCoste mengguna gandingan LaCoste & Romberg. Nama datang dari dua tokoh yang mencipta alat gravimeter iaitu Dr Lucien LaCoste (1908-95) dan Prof Arnol...

Nama Tempat Dari Kata Palm

Image
Beberapa nama tempat di Malaysia berasal dari origin palm (eg. pokok pinang). Bertam; Serdang; Nibong Tebal; Teluk Rumbia; Pasir Salak. Catatan m/surat 122 buku Prof Latiff Botani. - - - - -