Posts

Showing posts from May, 2024

Siapa Al-Qurtubi

Image
Nama Al-Qurtubi sering kita dengar dari ceramah dan kuliah agama. Para ustaz sering memetik tafsir Quran oleh Al-Qurtubi. Nama lengkap Al-Qurtubi adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh al-Anshari al-Khazraji al-Andalusi al-Qurtubi. Al-Qurtubi hidup pada period 1214-1273M. Beliau berasal dari Cordoba Sepanyol. Sebab itulah gelaran Al-Qurtubi diletak sebagai sebagai nama. Al-Qurtubi. Kemudian beliau berpindah ke Iskandariah Mesir pada 1236. Al-Qurtubi berpindah ke Mesir apabila Cordoba jatuh ke tangan pasukan Kristian Sepanyol. Al-Qurtubi terkenal sebagai ulama tafsir, fiqah dan Hadis. Beliau menulis kitab tafsir terkenal Kitab Al-Jami' li Ahkam. Kitab tafsir yang disusun berfokus kepada ayat hukum dan dibincang secara terbuka tanpa terikat kepada mana-mana mazhab. Habis baca satu ketika lalu Kitab lain ada di wardah books - link . - - - - -

Gelombang PS2 - Abbot of Clairvaux St Bernard

Image
Catatan buku HW Karen Amstrong page 199. Selepas kejatuhan Edessa ekoran kejayaan Zenki pemimpin Franks berasa gusar. Dua tokoh mereka mula menyeru supaya Barat bertindak semula menyerang kubu Muslim. Seruan bangun semula dikepalai oleh Pope Eugenius dan King Louis VII Perancis.  Turut memain peranan membangkit usaha perang adalah Abbot of Clairvaux, Saint Bernard. Beliau juga rapat dengan Raja Perancis, Louis VII. Baca juga peranan Cistercians dan Templars. Cistercians adalah elite of the Monks. Manakala Templars adalah elites of the Knights. Putrajaya - - - - -

Tyrants - Belgian King Leopold II (1835-1909)

Image
Seorang lagi tokoh dalam senarai Tyrants adalah King Leopold II, Raja Belgium. Kisah yang diceritakan sangat hiba kerana melibatkan kekejaman ke atas hamba adi di negara Congo. Kejadian tersebut berlaku pada sekitar hujung kurun ke-19. Kalau nak dikira agak terkini juga. Sekitar seratus tiga puloh tahun lalu. Ketika itu British menguasai Malaya selepas mereka memeterai Perjanjian Pangkor 1874. Satu peristiwa yang diceritakan adalah kekejaman mereka membunuh seorang warga Irish. Warga Irish tersebut, Charles Stokes, berkahwin dengan wanita Congo. Mereka pulang ke Congo untuk mengusaha perdagangan ivory. Leopold II pada period tersebut menguasai segala perdagangan di Congo termasuk perniagaan hamba. Oleh kerana marah kepada warga Irish yang campur tangan dalam perniagaan ivory maka dia telah dibunuh kejam. Baca 'The Stokes affair and the origins of the anti-Congo campaign, 1895-1896'. persee france - link . King Leopold II's Exploitation of the Congo From 1885 to 1908 and Its...

Tyrant Paraguay President - Francisco Solano Lopez (1827-1870)

Image
Buku Tyrants menyenarai seratus tokoh sebagai tyrant. Turut tersenarai adalah Fransisco Solano Lopez (1827-1870), Dictator of Paragua. Beliau mati dibunuh pada 1870 di sebuat lokasi nama Cerro Cord. Namun satu yang pelik nila mana Fransisco Lopez diangkat sebagai National Hero oleh negara Paraguay pada  1936. Turut diangkat sama adalah isteri beliau Eliza Lynch sebagai National Heroine pada 1961. Baca sama 'A Paraguayan perspective on the strange case of the President of Paraguay and the Irish Courtesan'. seven circumstances dot com 2021 - link . The strange case of the President of Paraguay and the Irish Courtesan. seven circumstances dot com 2021 - link . The Paraguayan President who brought his country to military catastrophe. history is now magazine 2021 - link . The Paraguayan War was the dumbest and costliest conflict the Americas ever experienced - it left a prosperous nation in ruins. war is boring 2017 - link . Terbitan tahun 2018 - - - - -

Dorongan dan Galakan Membaca

Image
Apa yang kita dapat bila membaca? Ada yang menyebut salah satu galakan untuk membaca seperti berikut; Books can transport us across time and space. Membaca buku akan membawa kita pergi ke merata tempat dan boleh juga melihat suasana masa silam.  Buat beberapa hari mendatang ni saya bercadang hendak ke Melaka. Apa ada di Melaka? Banyak sebenarnya yang ada kat Melaka. Kita boleh dibawa kezaman silam melihat sejarah zaman Hang Tuah. Ada juga sejarah hubungan Melaka dengan Daulah Uthmaniyah. Kita juga boleh melihat sejarah mengenai Peranakan Cina yang Melaka yang terus wujud hingga kini. Selain Melaka dalam masa sama saya boleh berada di Georgetown. Melihat sepintas lalu sejarah asal Penang yang didiami awalnya oleh Melayu Muslim dari Sumatera. Kemudian boleh terus sambung ke utara lagi sampai ke Patani walau tanpa perlu bawa sama paspot. Buku tentang Melaka, Georgetown dan Patani - - - - -

Bencana Kebakaran Hutan Australia dan Bunker Perlindungan

Image
Bencana kebakaran hutan merupakan satu fenomena yang sering berlaku di Australia. Di kalangan warga setempat Australia bila ditanya tentang apakah perkara common di negara mereka maka jawapannya ada tiga perkara - the sunburnt country of drought; the flooding rain; and the fire continent. Antara kebakaran besar yang mendapat liputan besar - Kebakaran di Blue Mountains, NSW pada Oktober 2013. Kebakaran yang memusnah lebih 470 buah rumah. Kebakaran hutan di Victoria pada 2009 yang juga dikenali sebagai 'Black Saturday Fires". Kebakaran berlaku selama sebulan dari Feb hingga Mac. Kebakaran yang mengakibat 173 kematian dan lebih dua ribu rumah musnah. Oleh kerana kebakaran yang berlaku berlarutan tempohnya dan mengancam nyawa maka warga Asutralia di kawasan yang  sensitif terpaksa mengambil langkahberjaga-jaga. Salah satu ikhtiar mereka adalah membina bunker keselamatan di bawah tanah. Bunker mereka bina dengan konkrit dan ada juga bunker pasang siap yang boleh dibeli. Bunker nerk...

Cakerawala Dan Surah Yassin

Image
Cakerawala dan Surah Yasin mm Masjid Baling - - - - -