Posts

Showing posts from October, 2022

Sultan Perak ke15 - Sultan Iskandar Zulkarnain (1752-1765)

Image
Sultan Perak berikutnya iaitu yang ke-15 ialah Sultan Iskandar Zulkarnain. Nama asal beliau ialah Raja Iskandar ibni Sultan Muhammad Syah. Beliau ialah anak kepada Sultan Muhammad Syah yang pernah menjadi Sultan Perak ke-14 selama tempoh dua tahun (1742-43). Raja Iskandar juga adalah menantu kepada Sultan Muzaffar Syah III (1728-52). Sultan Iskandar Zulkarnain bersemayam di Pulau Cempaka Sari di tepi Sungai Perak dekat Kuala Sungai Kinta. Antara catatan sejarah pada period SIZ berakhirnya keturunan Megat memegang jawatan Bendahara. Yang terakhir memegang tugas Bendahara ialah Megat Abu Kasim yang berakhir dengan meletak jawatan. Antara alasan beliau meletak jawatan ialah Sultan tidak berpuas hati dengan  keadaan istana baru yang dibina di Pulau Indera Sakti. Istana tersebut dibina di bawah kelola Bendahara Megat Abu Kasim. Berikutnya dilantik sebagai Bendahara ialah adik Sultan sendiri iaitu Raja Alauddin. Jawatan Bendahara terus dipegang oleh kaum kerabat untuk tempoh dua ratus ta...

CS - Sultan Muhammad Shah (1742-1750)

Image
Ada sedikit kekeliruan dalam tarikh takhta pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Benarkah period cuma sekitar 1742-1743? Senarai dalam wiki memapar bahawa Sultan Perak ke13 adalah Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752). Manakala Sultan ke14 adalah Sultan Muhammad Syah (1744-50). Bermakna ada pertindihan tarikh takhta. Makna lainnya ada dua sultan pada period 1744-1750. Buku CS mencatat bahawa ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III berlaku konflik antara Baginda dengan adik beliau Raja Muda Muhammad Syah. Pada 1743 Raja Muda Syah yang disokong oleh beberapa pembesar diketuai oleh Bendahara telah diangkat menjadi sultan berpusat di Pulau Tiga. Gelaran beliau adalah Sultan Muhammad Syah. Manakala putera sulong beliau bernama Raja Iskandar sebagai Raja Muda. Sultan Muhammad Syah juga mendapat dokong puak Bugis pimpinan Daing Celak. Konflik berakhir pada 1743 apabila Sultan Muhammad Syah (Raja Bisnu) bersetuju damai dengan Sultan Muzaffar Syah III (Raja Inu). Raja Bisnu juga bersetuju deng...

Sultan Perak ke14 - Sultan Muhammad Shah (1742-1743)

Image
Sebagaimana  ditulis dalam entri sebelum ini ketika pemerintahan Sultan Perak ke-13 (Sultan Muzaffar Syah III) telah wujud dua Sultan diangkat oleh dua kumpulan pembesar negeri. Selain Sultan Muzaffar Syah III yang bersemayam di Berahman Indera seorang lagi Sultan telah dilantik di Pulau Tiga. Raja Bisnu yang sebelum itu adalah Sultan Muda telah diangkat pula sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1742. Peristiwa ini berlaku ekoran campur tangan Yamtuan Muda Riau iaitu Daing Celak yang datang menyerang Perak. Daing Celak kemudiannya menyebelahi Sultan Muda Raja Bisnu yang ketika itu berbalah dengan Sultan Muzaffar Syah.  Namun apabila Daing Celak balik ke Riau Sultan Muhammad Syah berbaik dan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah. Maka pada 1743 Sultan Muzaffar Syah teruslah menjadi Sultan Perak.  Yang DiPertuan Muda Muhammad Shah meninggal dunia pada 1750. Beliau meninggal dunia lebih dulu dari Sultan Muzaffar Syah...

Sultan Perak ke13 - Sultan Muzaffar Syah III (1728-1756)

Image
Raja Muda Inu iaitu adik kepada Sultan Alauddin Mughayat Shat atau Marhum Sulong dilantik menjadi Sultan Perak ke-13 pada tahun 1728. Raja Inu memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah III dan beliau bersemayam di Berahman Indera, Bota Kanan. Adik Raja Inu bernama Raja Bisnu dilantik menjadi Sultan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga. Pada period Sultan Muzaffar Syah III memerintah telah datang pasukan Bugis menyerang Perak diketuai oleh Daing Celak (beliau ialah Yamtuan Riau ke-2). Serangan tersebut berlaku pada 1742. Pada period tersebut Sultan Muzaffar berbalah dengan adiknya Sultan Muda Raja Bisnu. Penyerang Bugis tersebut telah menyebelahi Sultan Muda. Dengan bantuan pasukan Bugis Sultan Muda telah diangkat mereka menjadi Sultan Perak. Makanya kesultanan Perak pun berpecah dua. Namun persengketaan dua sultan tersebut tidak berlarutan. Sultan Muda sendiri membuat cadangan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah III. Pada tahun 1743 belaku juga satu lagi peritiwa sejarah ketika period ...

Sultan Perak ke12 - Sultan Alauddin Mughayat Syah (1720-28)

Image
Setelah mangkat Sultan Mahmud Iskandar Syah, anak saudara beliau yang bernama Raja Radin dilantik menjadi Sultan Perak ke-12. Beliau mengguna gelaran Sultan Alauddin Mughayat (atau Riayat) Syah dan bersemayam di Geronggong. Adik Raja Radin yang bernama Raja Inu pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Bernam. Pada period penghujung pemerintahan Sultan Mughayat pasukan Yamtuan Muda Riau datang menyerang dengan bantuan Bugis dari Selangor. Ada juga yang menyebut serangan tersebut adalah dengan dibantu oleh Raja Inu sendiri. Ini adalah kerana Raja Inu mahu merebut takhta dari abangnya. Sultan Mughayat meninggal dunia pada 1728 dan dimakam di Geronggong. Gelaran beliau ialah Marhum Sulong. Makam beliau kini telah tiada kerana jatuh ke Sungai Perak. Pengganti beliau adalah adiknya bernama Raja Inu yang sebelum ini memegang kuasa sebagai Raja Bernam. Sebuah gerbang komplek kerajaan bersebelahan Airport SR - - - - -

Cempaka Sari - Sultan Mahmud Iskandar Syah (1653-1720)

Image
Sultan Mahmud Iskandar Syah tidak punya putera lelaki. Makanya beliau melantik adiknya yang bernama Raja Mansor sebagai pewaris takhta. Namun begitu Raja Mansor mangkat lebih awal dari Sultan Mahmud. Raja Mansor mempeunyai beberapa putera yang kemudiannya memegang takhta Perak.  Di antara putera tersebut adalah Raja Radin (Sultan Alauddin Riayat Syah),  Raja Inu (Sultan Muzaffar Syah III), dan Raja Bisunu (Sultan Muhammad Syah). Di awal abad ke18 (ketika Sultan Mahmud Iskandar masih berkuasa) pengaruh Siam kian ketara di Tanah Melayu. Siam turut menghantar tentera menyerang Perak. Pada 1710 Raja Ini selaku pemangku Raja Perak meminta Gabenor Belanda menghantar utusan bagi mengada hubungan persahabatan. Belanda bertindak melengah-lengah manakala Perak bernasib baik kerana pada masa sama Siam menumpu pertahanan mereka dari serangan Vietnam. Perak pula berdepan perang saudara setelah kemangkatan Raja Mansor yang asalnya bakal mewarisi takhta. Sultan Mahmud melantik anak Raja Mans...

Sultan Perak ke11 - Sultan Mahmud Iskandar Syah (1653-1720)

Image
Entri asal geop 10/2016. Selepas Sultan Muzaffar Syah II mangkat beliau diganti oleh anaknya yang bernama Raja Mahmud. Beliau menjadi Sultan Perak ke-11 dengan gelaran Sultan Mahmud Iskandar Syah. Sultan Mahmud bersemayam di Geronggong. Baginda memerintah paling lama iaitu untuk tempoh 67 tahun. Period pemerintahan Sultan Mahmud Perak tidak lagi di bawah Aceh. Sejak 1641 apabila pemerintah Aceh Sultan Thani mangkat Aceh berada di bawah perintah empat orang Raja perempuan secara bergilir dan mereka cuma berkuasa di Aceh semata. Sungguh pun tidak lagi terlibat dengan pemerintah Aceh namun pentadbiran Perak ketika period ini masih berdepan dengan pergolakan yang timbul berkait perniagaan bijih timah dengan Kompeni Belanda. Sultan Mahmud Iskandar Syah meninggal dunia pada 1720 ketika usia 120 tahun. Beliau dimakamkan di Geronggong, Mukim Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah Marhum Besar Aulia Allah. Circle K Mart, Airport SR - - - - -

Kemasukan Islam Nusantara - Pengislaman Orang Melayu

Image
Bab 1 buku Islam dan Masyarakat Melayu Malaysia membincang tentang pengislaman orang Melayu. Buku tulisan MRO dari UM dan terbitan DBP. Ada tiga isu utama yang dibincang mengenai pengislaman Melayu dan Nusantara. Pertama berkaitan siapa mereka yang berperanan penting memperkenal Islam kepada orang Melayu dan isu kedua bila pengislaman tersebut berlaku? Manakala isu ketiga bagaimana proses pengislaman Melayu berlaku dengan berkesan sehingga orang Melayu menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Isu yang menjadi polemik ialah adakah Islam diperkenal kepada Melayu datang dari India atau dari Tanah Arab? Bagi orientalis Barat mereka cenderung mengata Islam Tanah Melayu datang dari Benua Kecil India. Maksud di sebalik pernyataan Orientalis ini adalah untuk menyata bahawa Islam Tanah Melayu bukanlah datang dari sumber asal (dari Tanah Arab).  Antara rujukan yang dipetik adalah; "Reconstruction of Malaysian History" terbitan oleh Syed Hussein Alatas tahun 1962. Baca juga "Silen...