Coronavirus dan Projek Angkasa Lepas
Wabak Coronavirus telah melumpuhkan industri penerbangan di banyak negara. Di negara kita Air Asia dan Malindo terjejas teruk. Selain sektor penerbangan penumpang, Coronavirus turut memberi kesan kepada industri penerbangan angkasa lepas. Syarikat Bigelow Aerospace (BE) yang berpengkalan di Nevada AS telah memberhenti kesemua 68 pekerja mereka pada hujung Mac 2020. BE berperanan membantu NASA dengan membekal modul spacecraft aksesori yang dipasang kepada ISS. Modul tersebut diguna sebagai ruang store tambahan dan juga ruang bekerja ketika berada di angkasa lepas. Menurut pemilik BE tindakan drastik menghenti pekerja terpaksa diambil apabila Gabenor Nevada mengisytihar syarikat aerospace tidak dibenar beroperasi sepanjang adanya wabak Covic-19 ini. Gabenor Nevada mengkelasifikasi BE sebagai industri aerospace dan tergolong sebagai industri bukan keperluan. Dalam perkembangan lain NASA akan terus menggunakan teknologi yang dicadang oleh BE. NASA memutuskan untuk menyalur peruntukan k...