Posts

Showing posts from March, 2015

Pengukuran GPS Kota Kinabalu

Image
Kerja pengukuranGPS statik Sabah untuk sesi LI kali ini diakhiri dengan kutipan data di beberapa lokasi di Kota Kinabalu. Sebuah jaringan GPS terdiri dari empat stesen telah ditubuhkan dengan jarak antara stesen dalam lingkungan sekurang-kurangnya 5km. Cerapan statik telah dilakukan meliputi enam garis dasar selama tempoh dua jam bagi setiap sesi. Lokasi stesen yang dipilih ialah Tg Aru, Promenade (pusat bandar KK), dan kawasan Penampang. Stesen berdekatan Dewan Serba Guna, Tg Aru Stesen di pusat Bandar Kota Kinabalu - Promenade (cerapan dilakukan pada waktu malam) - - - - -

Pengukuran GPS Sandakan & Tawau

Image
Projek pengukuran GPS Sabah yang dijalankan oleh pelajar LI melibatkan pengutipan data GPS secara statik di beberapa lokasi terpilih. Misi pertama melibatkan pengukuran di jalan dari Sandakan ke Kinabatangan. Dua lokasi telah dipilih untuk pengukuran secara garis dasar pada jarak lingkungan 20 km. Cerapan statik berjalan untuk tempoh selama dua jam. Misi seterusnya disambung pada keesokan hari  di lokasi kedua di sekitar Tawau. Cerapan dilakukan di sebuah lokasi jalan raya Tawau menuju Merotai. Garis dasar yang ditubuhkan juga lebih kurang 20km dengan tempoh cerapan selama dua jam. Cerapan GPS di tepi jalan raya Sandakan menghala ke Kinabatangan Cerapan GPS di jalan raya Tawau - Merotai - - - - -

Least squares adjustment for GDA (Lecture W3)

Image
The topic of lecture today on March 9 (week 3) is on the least-squares adjustmet (LSA) procedure within GDA. The lecture began with repeating the whole procedures involved in GDA and summarizing the general scopes of GDA. Then the lecture proceed with stressing the importance of LSA. Two students were absents. Lec 3a Lec 3b Lec 3c - - - - -

Mesyuarat LI 3Sghu

Image
Mesyuarat mengenai pelaksanaan LI 3Sghu diadakan pada Mac 9. Antara perbincangannya ialah tarikh lawatan penyeliaan dan pembentukan kumpulan yg terlibat. Lawatan pertama ialah pada 22-29 Mac manakala lawatan kedua dicadang pada 11-17 Mei. Nota perbincangan mesyuarat LI 3 Sghu - - - - -

Projek LI 3Sgu Sabah

Image
Seramai tiga pelajar 3Sghu yang menjalani program latihan industri (LI) ditempatkan di G&G FGHT. Salah satu projek yang mereka terlibat adalah pengukuran statik GPS di Sabah. Proses pengumpulan data di lapangan di beberapa lokasi di Sabah telah berlangsung pada 24-28 Mac 2015. Mereka tiba di KKIA Terminal 2 dengan penerbangan Air-Asia dari Senai pada pukul 9.30 pagi. Dari airport perjalanan dimulakan menuju ke Kinabalu Park, Kundasang, Ranau, Telupid dan terus ke Sandakan. Urusan sewa kereta di kawasan parkir KKIA - - - - -