Posts

Showing posts from September, 2006

Setem Pos Malaysia 1978

Image
Ada enam keluaran setem pos malaysia pada 1978. Setem berkenaan adalah seperti senarai berikut:  15 March: 2nd Board of Governors Meeting of the Islamic Development Bank. 10 July: 4th Commonwealth Conference of Postal Administration. 26 July: 4th Malaysian Scout Jamboree. 30 September: Global Eradication of Small Pox. 28 November: 100 Years of Natural Rubber. 7 December: Opening of the New Town of Shah Alam as the State Capital of Selangor. Setem Perasmian Bandar Baru Shah Alam (1978) - - - - - Praktikal PUD Batu Gajah Sesi T2 selesai sebaik tamat peperiksaan akhir pada sekitar April - Mei 1978. Berikutnya seperti mana pada T1 yang lepas pelajar dut perlu menjalani latihan amali di bawah pengendalian Jupem. Kali ini tempat latihan ialah masih tempat yang sama seperti tahun lepas - PUD Batu Gajah. Penyelia amali masih JUD yang sama Tuan Andrew Phang. Kali ini seramai tiga pelajar yang terlibat iaitu bersama dua pelajar tahun pertama. Mereka ialah Mat Bashah dari Parit dan seorang la...

Jurnal Marine Geodesy 1977-1978

Image
Jurnal Marine Geodesy mula diterbitkan dengan Volume 1 pada period 1977-78. Ada dua keluaran pada tahun 1977 dan dua lagi pada 1978. Editor utama MG ialah Narendra Saxena. Keluaran pertama pada tahun 1977 meliputi tajuk berikut: Geodetic measurements in the ocean oleh A George Mourad.; Mean sea level and the marine geoid - an analysis of concepts (Irene Fischer); Integrated navigation systems for precise positioning in the deep ocean (Karl Ramsayer); Deep water signature of a tsunami (TS Murthy); The advection effect of planetary vorticity on sea level slope in a western boundary current (Frank Chew) Vol 1 Issue 2 pula adalah; Marine Geodesy - a direction for the future (Hyman Orlin); Norwegian marine geodetic project (four authors); ARGO - a new system for offshore surveys (JE Ayres); Maritime limits and boundaries (Robert Hodgson); Marine Geodesy - A new discipline or the modern realization of an ancient endeavor? (Irene Fischer); Preliminary differences in Mean Water Level between t...

Tesis Pelarasan Jaringan dan Satellite Dopler 1977-1978

Image
Memandangkan beberapa judul tesis surveying telah disebut elok juga disenarai semua tesis engineering survey Uni of Nottingham sepanjang tempoh 1977 dan 1978. Dengan melihat senarai ini dapat kita tahu apakah topik kajian yang menjadi fokus pada period tersebut khususnya di Nott Uni. Nottingham University merupakan  sebuah institusi yang baru muncul sebagai pelopor bidang surveying peringkat tinggi di UK.  Senarainya adalah seperti berikut; "Translocation and orbit relaxation techniques in satellite doppler tracking". Dick Sykes, 1979 - PhD. "Satellite doppler: geocentric positioning of the triangulation of Great Britain". Richard Gough, 1978 - PhD. "Shape, size and ill-conditioning of basic surveying and structural networks". David Shape Gregory, 1978 - MPhil. Surface classification and interpolation for engineering digital ground models. John Strodachs, 1978 - PhD. "Geodetic control networks: accuracy, reliability and systematic errors". Stephe...

Tesis Alan Dodson 1977

Image
Sebuah lagi tesis Engineering Survey dari Nottingham Uni adalah "The measurement of spatial displacement by geodetic methods". Tesis oleh Alan Dodson. Namun versi digitalnya tidak wujud. Tesis oleh Dodson ini menunjukkan bahawa topik mengenai analisa deformasi dengan kaedah geodetik telah bertapak sejak period awal tahun 70-an. Bilik penginapan Nctu source: archgon - my documents - my pictures - - - - - Matematik T2. Pengalaman belajar subjek matematik ketika T2 adalah satu yang menyeronokkan. Amat berbeza berbanding pengalaman matematik waktu T1. Ketika T1 kelas matematik ialah di dewan kuliah besar. Ramai pelajar kerana bergabung dengan kelas lain bersama pelajar kejuruteraan petroleum. Penumpuan kepada yang mengajar pun kurang. Latihan dan ulangkaji memang tidak pernah dibuat. Lebih teruknya kelas tutorial langsung tidak ambil hirau. Maka tidaklah pelik peperiksaan akhir tidak mencapai gred dan terpaksa duduk kertas ulangan. Belajar dari kepayahan waktu T1 maka masuk ke T2...

Tesis Effect of Refraction on Engineering Survey Measurement 1977

Image
Pada period awal dan pertengahan tahun 70an EDM sedang rancak diperkenal sebagai instrumen untuk pengukuran jarak. Maka banyaklah kajian dan tesis yang dihasilkan untuk memahami tentang teknologi EDM. Sebagai contoh sebuah tesis Nottingham Uni bertajuk  "The effect of refraction on engineering survey measurements" oleh SJ Curl pada 1977. Seliaan oleh DJ Hodges. Antara instrumen yang diguna pakai dalam kajian Culr adalah Geodimeter 6 (1974), Geodimeter 6 1975, Geodimeter 6BL, Geodimeter 700, Kern Mekometer ME3000, dan Tellurometer MA101. Pada 1977 kesemua instrumen EDM yang diguna oleh Nottingham Uni belum ada di UTM dan di Malaysia. Kandungan - The refractive index of air; The effect of refraction on EDM measurements; Equipment for the measurement of parametric parameters; The derivation of mean atmospheric parameters; The effect of refraction on vertical angle measurements;  The reduction of electronic distance measurements; Conclusions and recommendations. Source -  not...

Syarikat Peralatan Ukur Zeiss Jena

Image
Bagi pengeluar Eropah, selain Wild dan Kern ada sebuah lagi syarikat pengeluar alat ukur iaitu Zeiss Jena. Syarikat ini berpengkalan di Jerman Timur. Berbanding Kern dan Wild, Zeiss Jena tidak begitu meluas hebahan maklumatnya. Tambahan pula selepas perang dunia ke-2 Jerman terbahagi kepada dua wilayah dan kebetulan Zeiss Jena jatuh ke wilayah yang dikuasai komunis Russia. Bagi mendapat info tambahan boleh lawati link berikut pab-oto  - menyenarai tachymeter produk Zeiss; produk level Zeiss ( delhister ); sedikit sejarah tentang Zeiss ( delhister ); pelbagai produk ukur keluaran Ziess ( link ); sejarah Zeiss ( smithsonian ); sejarah Zeiss hingga bertukar ke spectra geospatial ( spectra  geospatial). Zeiss Elta2 (produk penghujung 70-an) - - - - - Blok J Aktiviti pembelajaran dan hal akademik ukur tanah sepanjang period dut adalah di sekitar Blok J. Makmal Ukur di situ, bilik kuliah di situ, pejabat fakulti juga di situ. Dekan Ukur sepanjang masa tersebut ialah HT dan pejabatny...

Peralatan EDM Topcon 1976-1978

Image
Syarikat Topcon mula mengeluarkan alat EDM pada tahun 1976 dengan produk pertama adalah Electric Distance Meter model DM-E1. Kemudian pada tahun 1978 Topcon mengeluarkan model DM C1. Source - museum topcon -  link .      Topcon EDM Model DM-E1 (1976) dan DM C1 (1978) - - - - - Ukur Perhitungan Salah satu subjek ketika T2. Cabaran subjek ini adalah perlu menggunakan buku log tujuh angka untuk kerja perhitungan. Tebal buku log tersebut dan memanglah perlu diselak berkali-kali untuk selesai satu-satu kerja. Pada period mid-70’s memang sudah ada mesin kalkulator tetapi mungkin versi asas. Kalkulator tersebut belum cukup upaya atau hasil hitungan mesin kalkulator tidak mencapai ketepatan seperti mana diperlukan dalam kerja ukur perhitungan. - - - - -