Posts

Showing posts from August, 2006

Teodolit Topcon 1977 dan 1978

Image
Syarikat peralat ukur Topcon yang berpusat di Jepun memulakan bisnes alat ukur pada tahun 1932. Pada awalnya fokus mereka adalah alat ukur untuk kegunaan militari. Pada period awal tersebut Topcon mengeluar peralatan transit sahaja (sekarang dikenali sebagai teodolit). Baca -  topcon .  Menjelang 1965 barulah Topcon mula mengeluar alat teodolit model TL-10A dan model TL-20 pada 1967m. Seterusnya pada 1972 muncul pula model TL-10B dan TL-20S. Pada tahun 1977 Topcon mula mengeluarkan teodolit Model TL series. Pada tahun berikutnya, 1978, lebih banyak model baru dikeluarkan iaitu model AG-20P dan AG-30P.        Teodolit Topcon Series TL (1977) dan AG30-P (1978) - - - - - Subjek Astronomi Pertama kali belajar subjek astronomi adalah ketika T2. Subjek astronomi dalam ukur ini bukanlah seperti astronomi dalam bidang sains atau fizik. Astronomi dalam ukur adalah berkaitan dengan astronomi geodetic iaitu bagi digunapakai dalam penentudukan. Pada peringkat dut fokus...

Kerja Amali T2

Image
Ada dua kerja amali teras yang terlibat pada T2 iaitu amali untuk subjek ukur kejuruteraan dan ukur kadaster. Bagi kerja ukur kejuruteraan lokasi kerja ialah di Taman Tasik KL. Manakala ukur kadaster dijalankan di lot-lot tanah sekitar Kampung Ulu Kelang.  Rutin amali dimulakan dengan mendaftar kedatangandi Makmal Ukur seawal 6.30 pagi. Staf yang bertugas waktu itu ialah Mr Bala, Encik Shafie dan Encik Tenuri. Mr Bala bertubuh besar. Dia seorang penganut Hindu yang kuat. Meja beliau penuh ditampal dengan kalendar dan beberapa keping gambar patung Hindu. Bila ada waktu lapang dia akan baca kitab kecil Hindu. Encik Shafie dan Tenuri amat baik orangnya. Bercakap lembut dan senang berurusan. Siap mendaftar kedatangan pelajar ambil giliran pula untuk mengambil dan memeriksa segala peralatan amali. Siap semuanya maka bergerak ke tempat kerja dengan menaiki bas UTM. Beberapa nama pemndu bas yang diingat ialah Pak Ali dan Wak Jalal. Kerja amali akan berjalan hingga sekita jam 11.30 pagi. A...

Teodolit Wild T2 dan dan Distomat DI4 1977

Image
Wild menghasilkan peralatan teodolit T2 yang boleh diganding bersama komponen pengukuran jarak. Teodolit T2 merupakan jenis opto-mechanical dan boleh dipakai bersama Wild Distomat DI4 untuk mengukur jarak secara elektronik. Peralatan ini dikeluar pada period 1976-1979. Kalau ia dikeluar oleh Wild pada 1976 maka di Malaysia paling cepat ia dipasarkan lima atau enam tahun kemudian. Sumber -  dehilster . Wild T2 diganding dengan Distomat DI4 - - - - -   Pelajar T2 yang memohon tinggal di asrama tidak lagi mendapat kediaman di blok asrama dalam kampus. Sebaliknya tinggal di asrama luar kolej iaitu di Flat PKNS Pasar Minggu Kpg Baru. Setiap unit ada tiga bilik, dua bilik muat tiga orang dan satu bilik kecil untuk seorang. Maknaya setiap unit didiami oleh tujuh pelajar.  Kebetulan semua teman seunit yang adalah dari kursus yang sama. Tinggal mendiami Bilik 1 bersama dua rakan sekelas iaitu Kunji (dari Sg Siput) dan Mahyani (dari Kedah, kini sudah pun arwah, Al-Fatihah kepa...

Wild RDS Self Reducing Tacheometer (1977)

Image
Salah satu peralatan yang membantu bayak kerja ukur kejuruteraan khususnya untuk tujuan kontor ialah Wild Self Reducing Tacheometer (RDS). Menurut Wild peralatan RDS telah mula dikeluar sejak 1950. Peralatan teodolit RDS berakhir pengeluarannya pada 1989. Pemakaian alat RDS dapat menjimat banyak masa kerja lapangan kerana dapat menyelsaikan pengukuran jarak dan ketinggian secara serentak. Teodolit Wild RDS (source -  wild )   Manual RDS View tingkap bacaan RDS source - nova scotia surveyor ( link ) - - - - - Topik ukur tacheometry menggunakan RDS merupakan satu topik dalam ukur kejuruteraan T2. Apabila melakukan amali di padang peralatan Wild RDS akan digunakan. Kerja amalinya dilakukan di sekitar Taman Tasik KL. - - - - -

Setem Pos Malaysia Tahun 1977

Image
Sepanjang tahun 1977 cuma ada empat keluaran setem baru: 14 Januari: In Menory of the late Tun Haji Abdul Razak (3rd Malaysian Plan). 7 July: 25th Anniversary of the Federal Land Development Authority (FELDA). 8 August: 10th Anniversary of Association of Southeast Asian Nations. 19 November: 9th Southeast Asian Games. Setem 10th Anniversary of ASEAN (1977) source -  kajang  stamps bspot - - - - - Antara pengajar yang terlibat mengajar subjek pada T2 adalah Encik Megat Sufian (ukur kejuteraan), Tuan Syed Hussein dari Jupem (ukur kadaster), Encik Mathar (ukur perhitungan), Encik Latif  (astronomi) dan Encik Shahabudin (geodesi). Pengajian agama pula oleh Tuan Ustaz Fadzil Nor dan Pengajian Malaysia oleh pensyarah wanita Paimah Atoma. - - - - -

Pengajian T2 - Buku Land Surveying (Ramsay Wilson)

Image
Pada pertengahan tahun 70-an buku Land Surveying oleh Ramsay Wilson amat popular diguna sebagai rujukan. Buku begini banyak dijual di kedai buku sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ada juga di kedai buku Times, Berita Book Center dsb.    Land Surveying oleh Ramsay Wilson - - - - - Tidak lama selepas keputusan peperiksaan ulangan diumum maka bermulalah pendaftaran pelajar senior menyambung pengajian. Bermulalah T2 dut. Beberapa rakan dari kelas T1 tidak lagi bersama. Ada mereka yang terpaksa mengulang semula pengajian T1. Ada juga yang terpaksa meninggalkan pengajian kerana terkandas. Termasuk juga mereka yang dalam kategori mengulang T1 namun terkandas buat kali kedua. Termasuk dalam kategori ini ialah dua rakan yang bersama praktikal di Batu Gajah. Subjek pada T2 akan memfokus terus kepada bidang ukur tanah. Subjek seperti ukur kejuruteraan, ukur kadaster, geodesi, astronomi dan ukur perhitungan menjadi teras. Namun subjek matematik masih kekal ada. Matematik T2 diajar oleh ...

Pengukuran Levelling Dengan Alat Aras

Image
Satu kerja ukur penting yang didedahkan kepada pelajar ukur sejak dari tahun pertama ialah ukur aras. Objektif ukur aras ialah untuk mendapatkan ketinggian aras sesuatu poin di atas tanah. Pada sekitar pertengahan tahun 70-an ada dua jenis alat aras iaitu Dumpy Level dan Tilting Level.  Apabila membuat kerja alat aras tersebut di bawa ke site dan dipikul bersama kotak bekas menyimpannya. Pada ketika itu kotak tersebut masih dibuat dari kayu. Maka beratlah juga memikulnya ke tempat kerja.  Dumpy Level - - - - - Tilting Level - - - - -  Dengan selesainya menduduki kertas ulangan M1 dan M2 maka tamatlah pengajian T1 dut. Tak dapat nak ingat macam mana suasana ketika peperiksaan ulangan tersebut. Mengah jugalah kot kerana duduk menjawab dua kertas. Namun itu menjadi pengalaman dan pengajaran yang berguna. Bila keputusan diumumkan alhamdulillah lulus kedua-dua kertas. Maka sudah boleh bersedia untuk pengajian T2 pulak. - - - - -

Tesis Geodetik Germany 1976-1977

Image
Pada sekitar tahun 1976-1977 beberapa lagi tesis geodetik dilaksana dengan jaya oleh para akademik German. Antaranya adalah: Lothar Grundig (1976) Die Berechnung vorgespannter Seil- und Hängenetze unter Berücksichtigung ihrer topologischen und physi- kalischen Eigenschaften und der Ausgleichungsrechnung. Grundig born in 1944. He is a professor at TU Berlin since 1988. Link -  zams  2017. Serif Hekimoglu (1976) Absolute und relative Erdgezeiten-Analyse mit Schwebungsparametern und spektraler Darstellung des Störsignals. He is a emeritus professor at Yildiz. ( Link )   Karl-Heinz Ilk (1977) TU Munich "Berechnung von Referenzbahnen durch Lösung selbstadjungierter Randwertaufgaben". He is a emeritus professor at Bonn Uni since 2009 ( link ); professor at Bonn 1995-2009; at TUM 1978-95. Gunter Wolfgang Hein (1977) Die Berechnung von anomalen vertikalen Schweregradienten hoher Präzision. GW Hein is a emeritus professor at UBM ( Link ). Karl-Heinz Ilk - - - - - Menjelang tamat s...