Penerbangan NASA Artemis II
Dalam seminggu dua ini banyak berita yang disiar mengenai persiapan Nasa untuk melancar program terkini mereka. NASA sudah bersedia dengan program penerbangan kembali ke Bulan. Terakhir Nasa menghantar angkasawan ke Bulan adalah misi Apollo 17 pada Disember 1972. Kini buat kali pertama selepas lima puluh empat tahun Nasa bakal melancar misi baru ke Bulan. Projek dengan pelancaran roket nama Artemis II dijadual pada Feb 06 2026. Program yang dijadual selama sepuluh hari akan membawa empat angkasawan Nasa mengeliling Bulan. Salah satu objektif utama Artemis II adalah misi angkasawan wanita pertama membuat orbit ke Bulan. Bermakna wanita pertama melaku orbit mengelilingi Bulan. Sebelum Artemis II, Nasa telah pernah melancar penerbangan Artemis I. Pelancarannya pada November 2022 lalu. Artemis I adalah misi penerbangan roket tanpa angkasawan. Roket NASA - Artemis II Empat angkasawan Artemis II Nasa [ Artemis II crew members (from left) CSA (Canadian Space Agency) astronaut Jerem...